Skip to main content

Bola Sepak

Piala Mandiri ASEAN B-23: Nafuzi Zain optimis provokasi tidak jejas skuad negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nafuzi.jpg
Provokasi daripada media Indonesia membabitkan isu status pemain warisan Harimau Malaya tidak menjejaskan fokus skuad B-23 negara menjelang Kejohanan Piala AFF B-23 di Jakarta pada pertengahan bulan ini.

Pengendali negara, Nafuzi Zain, percaya anak buahnya tidak terganggu dengan sentimen luar sebaliknya memilih untuk memberikan sepenuh tumpuan terhadap tugasan di atas padang nanti.

Untuk rekod, Malaysia diundi dalam Kumpuan A bersama  Indonesia, Filipina dan Brunei Darulsalam.

"Untuk saya lebih memberikan fokus kepada pasukan, daripada segi persediaan, mental, fizikal dan keyakinan untuk beraksi. Bagi saya bermain dihadapan ribuan penyokong satu perkara menarik.






"Sebagai pemain dengan suasana begitu saya rasa itu tidak menjejaskan persediaan kami. Hari pertama berjalan lancar ikut perancangan dengan kehadiran pemain.

"Pemain begitu teruja dan bersemangat, saya gembira melihat perkara itu. Terima kasih buat semua pasukan yang beri pelepasan untuk kejohanan ini." katanya kepada wartawana Astro Arena, Zulhilmi Zainal Azam, hari ini.

Skuad kendalian Nafuzi akan membuka tirai dengan berdepan Filipina terlebih dahulu pada 15 Julai pada jam 5 petang, diikuti Brunei pada 18 Julai dan aksi terakhir berdepan Indonesia pada 21 Julai nanti.

Dalam empat edisi lalu menyaksikan dua kali skuad negara meraih tempat keempat (2005,2023), dan dua kali juga terkandas di peringkat kumpulan (2019,2021).
 

Advertisement

Must Watch Video