Skip to main content

Golf

Kelly Tan umum bersara, buka lembaran baharu sebagai jurulatih

Kelly Tan umum bersara, buka lembaran baharu sebagai jurulatih
Advertisement

Selepas bertahun-tahun mengharungi persaingan di pentas antarabangsa, pemain golf profesional negara, Kelly Tan, akhirnya menamatkan perjalanan kariernya sebagai pemain profesional dengan penampilan terakhir di Kejohanan Golf Maybank 2026.

Pemain berusia 33 tahun itu menutup saingan dengan catatan keseluruhan 294 pukulan, enam di atas par, sekali gus membuka lembaran baharu dalam kehidupannya dengan memberi tumpuan kepada pembangunan bakat muda menerusi bidang kejurulatihan.

Advertisement

Kelly mengakui penampilan terakhirnya itu hadir dengan perasaan bercampur-baur, antara gembira dan sedih, apatah lagi apabila disambut ahli keluarga, rakan serta peminat selepas menyelesaikan lubang ke-72.

Bagi Kelly, Maybank 2026 merupakan pentas terbaik untuk mengakhiri karier profesionalnya, selain menghargai sokongan penaja dan peminat yang sentiasa berada di belakangnya sepanjang perjalanan dalam sukan berkenaan.

Advertisement

“Saya berasakan ini adalah waktu terbaik untuk saya mengambil keputusan untuk bersara. Terima kasih kepada Maybank atas jempuatan dan pihak penaja yang memberikan sokongan sejak tiga tahun yang lalu, dan kepada semua yang memberikan sokongan kepada karier saya sejak hari pertama," katanya.

Kelly turut mengakui impian untuk menjadi pemain Malaysia pertama menjuarai kejohanan Jelajah LPGA tidak kesampaian, namun berharap perjalanan yang dilaluinya mampu membuka jalan kepada generasi seterusnya.

“Menjadi pemain negara pertama memenangi Jelajah LPGA sudah masih menjadi sasaran tertinggi. Mungkin kejuaraan itu bukan untuk saya menangi, mungkin Mirabel Ting atau orang lain,” katanya.

Beliau percaya peranannya dalam membuka laluan kepada pemain tempatan untuk bersaing di peringkat tertinggi juga mempunyai nilai tersendiri.

“Being the person who paved the path is just as important as the first person to win, and hopefully they saw that I went down this road so they can do it too,” katanya.

Kelly turut merakamkan penghargaan kepada penaja korporat yang menyokong kariernya, termasuk Bermaz, Topgolf dan Nearshore, selain peminat Malaysia yang tidak pernah putus memberikan kata-kata semangat, walaupun beliau beraksi jauh dari tanah air di Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, persaraan daripada persaingan profesional sepenuh masa tidak bermakna Kelly akan meninggalkan sukan golf sepenuhnya.

Sebaliknya, dia merancang menubuhkan Kelly Tan Golf Academy serta melaksanakan klinik pembangunan di peringkat akar umbi bagi membantu melahirkan lebih ramai pemain berbakat.

Dalam perkembangan lain, kejohanan Maybank 2026 menyaksikan pemain Jepun, Miyu Yamashita, mencipta sejarah apabila menjadi pemain pertama mempertahankan kejuaraan itu.

Bagi pemain tempatan, Natasha Andrea Oon pula melihat perubahan yang dibawa kejohanan berkenaan sejak penampilan pertamanya pada 2023 sebagai perkembangan positif, selain berharap mampu bersaing dalam kelompok teratas pada edisi akan datang.

Seorang lagi pemain negara, Liyana Durisic, turut menganggap kejohanan itu sebagai medan pembelajaran penting meskipun menunjukkan peningkatan apabila menamatkan saingan di kedudukan ke-66, berbanding tempat ke-72 pada edisi sebelumnya.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Related Topics

Must Watch Video