Skip to main content

Permotoran

Seramai 196542 penyokong MotoGP banjiri Litar Antarabangsa Sepang, atasi rekod tahun lalu

ff
Advertisement

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Litar Antarabangsa Sepang, Azhan Shafriman, berkongsikan Grand Prix (GP) Malaysia berjaya merekodkan kehadiran keseluruhan seramai 196,542 ribu penonton sepanjang tiga hari perlumbaan, mengatasi rekod tahun lalu iaitu 190,977 penonton.

Ia sekali gus membuktikan GP Malaysia kekal antara acara sukan permotoran paling dinanti-nantikan peminat dari dalam dan luar negara.

Advertisement

"Kali ini daripada penjualan tiket sangat memberansangkan, terjual lebih daripada 50 ribu tiket terjual.

"Berbanding tahun sebelum ini, selepas Covid-19 ini paling tinggi daripada aspek tiket.

Advertisement

 

 

 

"Seramai 196,542 ribu sikit lagi mahu mencapai sasaran kami, tetapi kami akan cuba lagi tahun depan 200 ribu penonton." katanya.

Mengulas mengenai penjualan tiket palsu, Azhan bersimpati dengan mangsa tersebut sambil menyerahkan perkara tersebut kepada pihak polis untuk mengambil tindakan selanjutnya.

"Dalam tahun lalu pun berlaku juga, ada laporan tetapi tahun ini kami berjaya tangkap suspek yang melakukan penjualan luar daripada SIC. Kami serahkan kepada PDRM untuk buat Tindakan lanjut." tambahnya.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Related Topics

Must Watch Video