Skuad B-23 negara memulakan kempen Piala Mandiri ASEAN B-23 dengan langkah kiri apabila tewas 0-2 kepada Filipina dalam aksi pertama Kumpulan A di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta sebentar tadi.
Dua gol daripada Otu Abang Banatao dalam separuh masa pertama sudah cukup untuk memastikan tiga mata pertama buat The Azkals.
Pasukan Bimbingan Nafuzi Zain berkenaan menguasai hampir keseluruhan permainan tetapi buntu di depan gawang sebelum dihukum dengan dua gerakan serangan balas.
Banatao menyempurnakan dua serangan balas Filipina dari sebelah kiri untuk menewaskan penjaga gol negara, Zulhilmi Sharani, pada minit kesembilan dan 40, di mana kapten Harimau Muda, Ubaidullah Shamsul Fazili, kelihatan tidak sempat kembali ke posisinya.
Harimau Muda menggandakan asakan dalam separuh masa kedua tetapi kekal buntu di depan gawang untuk akur terlepas mata pertama dalam kempen kali ini.
Mereka seterusnya akan menghadapi Brunei bagi aksi kedua di gelanggang sama pada Jumaat ini.