Skip to main content

Bola Sepak

Piala Malaysia: Tugas Penang FC makin sukar padam defisit Kuala Lumpur City

penang-fc-2023.jpg
Ketua jurulatih Penang FC, Chong Yee Fatt, tampak berdepan tugas sukar berdepan Kuala Lumpur City dalam usaha memadam defisit 0-4 perlawanan pusingan 16 Piala Malaysia.

Harimau Kumbang meniti laluan berliku untuk meneruskan kemaraan ke suku akhir kejohanan tertua di Asia itu di Stadium KLFA, malam esok, tetapi situasi semasa juga mungkin memaksa Yee Fatt merombak kesebelasan utama disebabkan beberapa kecederaan yang melanda pasukan utara semenanjung berkenaan

"Azmeer Aris (Nor Rashid) dan Hadin Azman mengalami kecederaan ringan, begitu juga dengan beberapa pemain lain yang memerlukan perhatian lanjut," katanya di Nadi Arena sebentar tadi. 

Sekalipun berdepan tugasan sukar, Yee Fatt, menuntut pemainnya turun tanpa rasa tertekan dan bermain secara berseronok dalam usaha untuk mencuba mencipta keajaiban.




"Kami akan turun menghadapi tugas penting. Sekiranya ada peluang, jangan lepaskannya. 

"Saya mahu pemain menikmati perlawanan selagi mereka bekerja keras," katanya. 

Dalam pada itu, Al-Hafiz Harun senada dengan apa yang dluahkan jurulatihnya. Menurut pemain tengah itu bertekad walaupun peluang pasukannnya mungkin sudah tiada, ia tidak bermakna mereka perlu berasa tertekan.

"Memang sukar tapi kami akan cuba terapkan segala arahan jurulatih.

"Kami perlu buat sebaik mungkin 90 minit. 

"Walaupun tiada kemenangan dalam tiga perlawanan tetapi saya masih bersikap positif (terhadap kemampuan pasukan)," katanya.


 

Advertisement

Must Watch Video