Skip to main content

Bola Sepak

Piala Malaysia: Terengganu bawa pulang bekalan tipis

terengganu_1.jpg
Terengganu FC membawa bekalan tipis bagi aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia susulan mengatasi KL City di Stadium Cheras, sebentar tadi.

Kedua-dua pasukan yang turun dengan misi tersendiri jelas mempamerkan corak permainan yang lebih berhati-hati di awal perlawanan. 

Dan kelihatan beberapa percubaan turut mengancam gawang Kevin Mendoza dan Suhaimi Husin tetapi masih belum cukup tajam untuk menghasilkan sebarang jaringan. 

Namun tambahan masa dua minit di separuh masa pertama bertukar ceria dengan sorakan penyokong pelawat. 

Ivan Mamut berjaya menambah jaringan ke-18 peribadi musim ini dan keenam dalam kempen Piala Malaysia. 

Separuh masa kedua bersambung dengan anak buah Tomislav Steinbruckner memulakan permainan dengan serangan.

Dan antara percubaan yang hampir menambah jaringan skuad Peteh ialah pada minit ke-82 namun usaha itu tidak terhenti disitu kerana Nik Sharif Haseef memastikan Terengganu selesa mendahului 2-0. 

Ketika Terengganu sudah cukup selesa menamatkan permainan, tuan rumah dihadiahkan sepakan penalti ekoran kekasaran dan Tchetche Kipre tenang menyempurnakan tugas sekaligus kurangkan defisit jaringan dalam aksi timbal balik di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. 

Advertisement

Must Watch Video