Skip to main content

Bola Sepak

Piala Malaysia: Steinbruckner harap pengorbanan Terengganu buah hasil

terengganu-fc.jpg
Pengorbanan dilakukan Ketua Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner, bagi persediaan menghadapi pentas final Piala Malaysia Jumaat ini.

Steinbruckner mengorbankan dua mata berharga ketika berhadapan Pulau Pinang dalam saingan liga tempoh hari dengan merehatkan 99 peratus pemain utamanya.

Tidak hairan senarai kesebelasan utama Terengganu di Stadium Bandaraya tempoh hari, tampak pincang.

Steinbruckner terpaksa mengorbankan aksi menentang Penang FC demi memastikan barisan pemain utamanya lebih 'segar' Jumaat ini.

Pengendali kelahiran Croatia itu tidak menafikan bayangan kesebelasan utamanya hampir sama dengan aksi menentang Central Coast Mariners.

"Kami melakukan rombakan dalam kesebelasan utama daripada perlawanan berdepan Central Coast untuk perlawanan Penang FC," katanya menerusi Nadi Arena.

"Kami mengambil keputusan untuk merehatkan pemain utama pasukan menjelang aksi final Piala Malaysia

Masalah kehilangan barisan pertahanan ekoran kecederaan nampaknya sudah selesai.

Ia satu kelegaan buat Steinbrucker walaupun khidmat pertahanan kiri, Alif Zakaria tidak dapat digunakan pada final nanti.

Advertisement

Must Watch Video