Skip to main content

Bola Sepak

Piala Malaysia: Semangat Harini belum padam

norshahrul-idlan-talaha.jpg
Situasi hampir mengejutkan Sri Pahang FC ketika membuka kempen Piala Malaysia malam tadi menggambarkan Harini Selangor FT sedang meniti di landasan tepat untuk memberi saingan dengan kancah elit. 

Selepas tewas tipis 2-3 kepada kelab keempat terbaik Liga Super, Sri Pahang FC, wakil Liga M3 itu yakin peluang beraksi di pentas liga tertinggi bola sepak tanah air musim depan mampu tercapai.

Jaringan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-74 oleh tuan rumah berjaya mengikat Tok Gajah 2-2 sebelum anak buah Fandi Ahmad itu menghampakan skuad kendalian P Maniam tersebut dengan ledakan kemenangan pada minit terakhir perlawanan menerusi Baqiuddin Shamsudin.

Bagaimanapun, Harini bersikap positif dan akan terus cuba membuat kejutan selaku "underdog" yang dibarisi hanya pemain-pemain tempatan.

"Kami cuba berikan saingan sengit kepada Liga Super walaupun tanpa pemain import. 

"Kami tunjukkan semangat juang walaupun ketinggalan 0-2 sebelum kembali 2-2. Cuma ada kesilapan yang perlu kami pelajari.




"Saya tahu memang susah untuk menang di Kuantan. Kami pasukan underdog tapi di sini tiada (istilah) misi mustahil dalam bola sepak," kata bekas penyerang kebangsaan itu. 

Sementara itu, Sri Pahang menyifatkannya sebagai satu amaran buat mereka agar kembali membuktikan kemampuan sebenar apabila terima kunjungan Harini di Kuantan, 20 Ogos depan. 

Menurut ketua pasukan Tok Gajah, Sergio Aguero:" Kami perlu tajamkan sentuhan penyudah dan hantaran." 
 

Advertisement

Must Watch Video