PIALA MALAYSIA
Piala Malaysia: Sabah sekat kebangkitan Kuching City untuk ke separuh akhir
SABAH FC 1 KUCHING CITY FC 1
(Sabah ke separuh akhir dengan agregat 2-1 selepas masa tambahan)
Aksi suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Likas terpaksa diheret ke masa tambahan sebelum Sabah FC memastikan laluan ke separuh akhir dengan kemenangan agregat 2-1 ke atas Kuching City FC sebentar tadi.
Berbekalkan satu gol yang dibawa daripada aksi pertama di Stadium Sarawak minggu lalu, Sabah kelihatan akan dapat mempertahankan kelebihan itu sehingga ke wisel penamat untuk mudah ke separuh akhir.
Iklan
Bagaimanapun, kem Negeri di Bawah Bayu itu cemas seketika apabila Ummareng Bachok terjaring gol ke gawang sendiri pada minit ke-84 susulan satu sepakan penjuru untuk pasukan pelawat itu mengheret perlawanan ke masa tambahan.
Mujur pemain import, Taiki Kagayama, hanya memerlukan empat minit dalam masa tambahan untuk kembali meletakkan Sabah di depan menerusi tandukkannya selepas menerima lintangan Saddil Ramdani.
Kuching City kemudian melakukan asakan bertali arus ke gawang Sabah, khususnya dalam babak kedua masa tambahan, tetapi pasukan bimbingan Irfan Bakti Abu Salim itu mensia-siakan deretan peluang keemasan, sekali gus terpaksa membenarkan kemaraan Sang Badak ke separuh akhir.
*Kredit foto: Kuching City FC
Must-Watch Video