Petaling Jaya (PJ) City tidak gentar untuk berkunjung ke Sabah bagi misi hidup dan mati ke suku akhir Piala Malaysia.
The Phoenix menguasai tangga kedua Kumpulan D -- di belakang Johor Darul Ta'zim (JDT) -- tetapi perlu nasib mereka akan ditentukan di Stadium Likas, Selasa ini, apabila mengumpul lima mata bersama-sama tuan rumah yang turut menyimpan hajat sama.
Begitupun, ketua jurulatih PJ City, P Maniam, melaungkan amaran kesediaan anak buahnya untuk mengecewakan barisan kendalian Datuk Ong Kim Swee yang kembali menghidupkan peluang dengan menewaskan Kelantan, malam tadi.
jaringan pada minit ke-10 menerusi bekas pemain belia selangor, v.ruventhiran yang berjaya merampas bola dari kawalan pertahanan berpengalaman, adam nor azlin.
"Perlawanan dengan Sabah pasti akan menjadi getir yapi kami mempunyai sedikit kelebihan.
"Apapun kami akan turun dengan strategi tersendiri, begitu juga dengan Datuk Ong Kim Swee (jurulatih Sabah) yang berpengalaman luas. Dia juga pasti mempunyai strategi.
"Namun, walaupun seri sekalipun selepas ini, kami tetap akan layak.
"Saya memiliki keyakinan bahawa pasukan ini boleh memberi cabaran," kata Maniam.
Mempertaruhkan kudrat pemain tempatan sepanjang musim ini, PJ City, tumbang 1-2 di Stadium MBPJ malam tadi selepas mendahului menerusi jaringan bekas pemain belia Selangor, V. Ruventhiran, yang berjaya merampas bola daripada kawalan pertahanan kebangsaan, Adam Nor Azlin, pada minit ke-10.
"Saya gembira dengan gol pertama peribadi dalam Piala Malaysia ini, tetapi ia belum cukup untuk menjamin kemenangan kami," kata Ruventhiran.