Terengganu FC (TFC) diingatkan supaya tidak mendabik dada selepas mengesahkan kemaraan ke suku akhir Piala Malaysia setelah menyingkirkan Kuala Lumpur Rovers (KL Rovers) FC dengan agregat 7-0 dalam perlawanan pusingan 16 Piala Malaysia di Gong Badak kelmarin.
Malah pengendali TFC, Tomislav Steinbruckner, menuntut pemain skuad Penyu itu untuk lebih berdisiplin menjelang aksi lebih sengit di peringkat lapan terbaik.
“Ya, saya amat berpuas hati dengan corak permainan pasukan Terengganu, sekali gus menyaksikan kami menang dengan agregat besar 7-0 tanpa bolos.
“Malah saya juga gembira apabila pemain tidak mengalami kecederaan yang serius bagi persediaan perlawanan seterusnya.
“Sejujurnya, kemenangan ini merupakan suatu yang positif kepada pemain dan pasukan untuk mengekalkan rentak kemenangan," katanya.
Dalam perlawanan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin itu, Terengganu FC menewaskan Kuala Lumpur Rovers 3-0.
Gol Terengganu dihasilkan Norhakim Hassan minit ke-32 dan m-89, dan Liridon Krasniqi (m-78).
Kredit: Sinar Harian