Skip to main content

Bola Sepak

Piala Malaysia: Perak FC hukum Kedah Darul Aman

manuel-ott.jpg
PERAK 3 KEDAH 1 

Selepas tahun lalu kempen Piala Malaysia Kedah Darul Aman berakhir dalam suku akhir apabila dikecewakan Negeri Sembilan FC, malam ini pastinya pasukan pelawat ingin mara jauh.


Kedah bermula baik dengan gol pembukaan Manuel Ott hanya seminit perlawanan bermula untuk meletakkan anak buah Nafuzi Zain itu di depan menuju babak kedua biarpun Perak FC tampil dengan beberapa percubaan tepat ke pintu gol skuad Hijau Kuning.




Namun, perlawanan berubah 100 peratus bermula minit ke-47 berikutan kesilapan dilakukan Bojan Ciger yan menghadiahkan Sang Seladang sepakan penalti yang dinanti dan peluang itu dimanfaatkan sepenuhnya Luciano Guaycochea untuk barisan kendalian Yusri Che Lah tersebut menyamakan kedudukan 1-1.

Belum sempat kembali menguji gawang perak, giliran seteru Liga Super itu pula mendahului permainan menerusi Luka Milunovic pada minit ke-55.





Kedah makin parah bila terpaksa beraksi dengan 10 pemain memandangkan Rodney Calvin dilayangkan kad merah gara-gara mengasari Seo Seonung.

Tetapi Kedah tetap melancarkan serangan tetapi semuanya menemui jalan buntu dan kesempatan itu bijak dimanfaatkan Hakimi Mat Isa (m-84) untuk lengkapkan kemenangan 3-1.

Keputusan lain: 

 

Advertisement

Must Watch Video