PIALA MALAYSIA
Piala Malaysia: PDRM FC buru gol pantas hidupkan peluang
Pemain tengah buat PDRM FC, Mario Arques, tidak menjadikan kekalahan 1-4 kepada Selangor FC dalam pertemuan dua minggu lalu merencatkan motivasi untuk aksi penentuan pusingan 16 Piala Malaysia, Sabtu ini.
Dia mengakui banyak kekurangan yang perlu diperbaiki selain berjaga-jaga dengan pelbagai serangan berbahaya daripada seteru Liga Super itu, namun tidak menafikan dapat mengekalkan momentum terbaik hingga 90 minit perlawanan.
"Taktikal kami dalam babak pertama perlawanan lalu sempurna, kami cuma perlu perbaiki persembahan dalam separuh akhir kedua.
Iklan
"Kami sedang mengusahakannya. Kami perlu berjuang dan yakin dengan diri sendiri, kemudian saya percaya kami akan mempunyai peluang.
"Kami perlu turun dengan mengekalkan sistem permainan kami dengan menyasarkan gol pantas.
"Dengan keyakinan yang timbul, kami dapat menonjolkan kemampuan sendiri," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Must-Watch Video