Skip to main content

Bola Sepak

Piala Malaysia: KL City, Melaka sama handal

melaka.jpg
KL City FC bangkit daripada ketinggalan sebelum merakamkan keputusan seri 1-1 dengan Melaka United dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia, sebentar tadi.

Pertemuan yang berlangsung di Stadium Cheras menyaksikan skuad kendalian Zainal Abidin Hassan berjaya menyesuaikan diri dengan keadaan permukaan padang yang basah apabila berjaya melancarkan serangan di awal permainan.

Import Melaka, Adriano, berjaya membuka jaringan pada minit kelapan menerusi sepakan percuma mengatasi penjaga gol, Kevin Mendoza. 

Dalam ketika Melaka terus melancarkan serangan, KL City memastikan mereka tidak ketinggalan apabila berjaya menyamakan kedudukan menerusi Zhafri Yahya pada minit ke-27.

Adriano sekali lagi memperoleh peluang dalam masa kecederaan separuh masa pertama namun percubaan sekadar melewati palang gol.

45 minit kedua menyaksikan corak permainan yang lebih kemas ditampilkan KL City serta Melaka namun mereka gagal mendapatkan kemenangan sekaligus berakhir dengan keputusan 1-1.

Advertisement

Must Watch Video