KL City masih mampu menghasilkan kebangkitan dalam aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia bertemu Terengganu FC, itu yang dijanjikan oleh pertahanan, Kenny Palraj.
Menjelang perlawanan kedua separuh akhir di antara KL City menentang Terengganu FC Jumaat ini, semestinya segala persediaan yang dilakukan berada pada tahap terbaik.
Melihat kepada kelebihan gol 2-1 buat pasukan Terengganu, pemain pertahanan KL City, Kenny Pallraj tetap berasakan gol tunggal yang berjaya dihasilkan ketika bermain di laman sendiri sebagai bekalan yang cukup untuk dibawa ke Stadium Sultan Zainal Abidin.
"Gol yang diperoleh tempohari merupakan satu kelebihan buat KL City. Ternyata beraksi di tempat lawan ternyata memberikan kelebihan buat Terengganu namun kami sudah biasa dengan situasi ini," katanya menerusi Nadi Arena.
Sementara itu, nada optimis turut disuarakan pengendali The City Boys, Nenad Bacina, yang meletak keyakinan menggunung anak buahnya mampu untuk menterbalikkan defisit sekaligus membawa juara empat kali Piala Malaysia itu ke pentas final.
Nenad turut mengakui isu dalaman yang membelenggu pasukan itu di pertemuan separuh akhir pertama lalu perlu diatasi segera dan percaturan rapi sudah pun dilakukan menjelang aksi Jumaat ini dengan misi mengulangi kejayaan yang pernah dilakar dua tahun lalu -- mendakap kejuaraan Piala Malaysia.
"Kami perlu menjaringkan gol, ia akan membuka semula harapan kami," kata Nenad.
"Saya berasakan tiada motivasi istimewa diperlukan dalam perlawanan seperti ini. Ia adalah perlawanan yang penting, stadium penuh saya percaya ia akan meningkatkan semangat pasukan untuk beraksi dengan permainan yang terbaik."