Kelantan FC menjadi santapan awal penyandang juara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi pusingan 16 Piala Malaysia 2023.
Dengan prestasi mengagumkan yang sedang dilakar skuad kendalian Esteban Solari itu membawa makna kelab Pantai Timur itu memerlukan keajaiban untuk layak ke suku akhir edisi kali ini.
'Kelantan United pula diundi berdepan Negeri Sembilan FC namun pemenang pertembungan tersebut akan berdepan pemenang antara Kelantan FC dan JDT.
Perak FC pula berdepan Kedah Darul Aman FC dan pemenang aksi tersebut akan berdepan pemenang 'Derbi Borneo' melibatkan Kuching City FC dan Sabah FC di suku akhir.
Naib juara Piala Malaysia musim lalu, Selangor FC berpeluang untuk melunas dendam apabila diundi bertemu PDRM FC.
Terengganu FC akan berdepan pasukan Liga M3 dan jika mereka mara ke suku akhir, mereka akan menentang pemenang antara Selangor dan The Cops.
Dalam satu lagi perlawanan pusingan 16, Sri Pahang FC menanti kunjungan satu lagi pasukan Liga M3 sementara Penang FC akan melayan kunjungan KL City FC.
Untuk rekod, perlawanan bermula daripada pusingan 16 secara aksi timbal balik dengan aksi pertama dijangka bermula Ogos ini.