Ketua jurulatih Kuching City FC, Irfan Bakti Abu Salim, mengakui kehadiran dan sorakan penonton dalam perlawanan timbal balik kedua menyumbang kepada kejayaan mereka mara buat kali pertama ke peringkat suku akhir Piala Malaysia.
Menurut Irfan, selain kehadiran penyokong di stadium, dia turut mengakui aksi yang ditampilkan pemainnya, yang langsung tidak memperlahankan tempo permainan, antara kunci kepada kemenangan mereka dalam aksi berkenaan.
“Kalau kita lihat sebelum ini, apabila kami memasukkan pemain gantian, ada di antara mereka tidak beraksi baik tetapi kali ini, semua yang dibawa masuk beraksi dengan baik. Mungkin sebab kehadiran penyokong ia menaikkan semangat mereka.
“Secara keseluruhan, saya berbanmgga dengan aksi yang ditampilkan mereka. Mereka langsung tidak memperlahankan tempo permainan sejak dari mula hingga ke masa tambahan.
“Jadi saya harap situasi sama akan berlaku ketika menentang Sabah dalam pusingan suku akhir nanti,” katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan itu.
Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Negeri itu, Kuching City melakar kejutan apabila mara ke suku akhir selepas menewaskan Penang FC 2-1 untuk menang 4-3 secara agregat.
Wan Faiz Wan Sulaiman menjadi wira buat Kuching City apabila menjaringkan gol kemenangan buat pasukannya pada minit terakhir masa tambahan selepas kedua-dua pasukan itu terikat seri dalam masa sebenar.
Kredit: Sinar Harian