Ketua jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe, ternyata gembira dengan persembahan agresif yang ditampilkan anak buahnya meskipun berdepan tentangan sengit ketika seri menentang Negeri Sembilan FC dalam aksi suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi semalam.
Menurutnya, aksi pemain-pemainnya perlu diberikan pujian memandangkan mereka bukan sahaja memberikan komitmen yang tinggi, malah turut menampilkan aksi berdisiplin tinggi untuk mengekalkan kelebihan jaringan sehingga tamat perlawanan.
"Namun, pemain saya berjaya mengawal permainan dengan menyekat setiap serangan Negeri Sembilan melalui disiplin serta semangat berpasukan yang tinggi dan berjaya menghalang pasukan lawan menambah jaringan.
"Jadi, pujian harus diberikan kepada semua pemain yang telah menunjukkan persembahan yang baik sepanjang tempoh permainan dan membawa kami ke peringkat separuh akhir," katanya dalam sidang media selepas tamat perlawanan itu.
Dalam perlawanan berkenaan, Gergasi Merah mengesahkan slot ke separuh akhir Piala Malaysia selepas memperoleh kemenangan agregat 4-2 meskipun terikat 2-2 di Paroi.
Selangor terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Herlison Caion pada minit kesembilan manakala gol kedua mereka pula disempurnakan Yazan Al Arab pada minit ke-44.
Skuad Hobin Jang Hobin pula mendapatkan jaringan menerusi Matheus Alves menerusi sepakan penalti pada minit ke-24 dan gol kedua dijaringkan Mohamad Zaquan Adha Abdul Radzak pada minit ke-45.
Sementara itu, pengendali Negeri Sembilan, K Devan mengakui tetap berbangga dengan prestasi anak buahnya dalam kejohanan berkenaan meskipun gagal ke peringkat seterusnya.
“Saya tetap berbangga dengan pencapaian pasukan Negeri Sembilan musim ini, terutama Zaquan Adha selaku kapten yang telah berjaya membimbing rakan sepasukannya.
“Pencapaian kami boleh disifatkan sebagai memadai kerana bajet yang rendah disediakan pihak pengurusan kelab ini dan kami tidak dapat membawa masuk pemain lebih berkualiti, tetapi pemain yang ada ini sudah menunjukkan tahap prestasi yang membanggakan.
“Walaupun berstatus pasukan baru dalam Liga Super, kami menamatkan saingan di tempat keempat dan ia satu kedudukan yang boleh dibanggakan,” ujarnya
Kredit: Sinar Harian