PIALA MALAYSIA
Piala Malaysia: Aidil Sharin kenal pasti 'bahagian longgar' Kuching City
Aidil Sharin Sahak terpaksa telan kepahitan langkah kiri dalam sentuhan sulungnya mengemudi Kuching City selepas tumbang di tangan Sabah FC 0-3 dalam perlawanan pertama pusingan 16 Piala Malaysia.
Kemenangan selesa itu menyaksikan Sang Badak sebelah kaki bakal ke suku akhir.
Justeru, ketua jurulatih skuad The Cats itu sedar banyak tugas yang perlu dilakukannya andai ingin memadam defisit jaringan memandangkan tuan rumah kelak pasti ada strategi ampuh untuk beraksi di hadapan penyokong sendiri.
Iklan
"Ada dua minggu lagi untuk pertemuan semula kami.
"Kami perlu memperbaiki bahagian pertahanan dan tengah agar lebih padat," katanya di Stadium Negeri Sarawak malam tadi.
Kemenangan anak buah Datuk Ong Kim Swee itu menjadi petanda baik buat mereka menjelang pertemuan Liga Super dengan pendahulu, Johor Darul Ta'zim (JDT).
"Ini satu keputusan yang cukup positif tapi kami masih ada (aksi) timbal balik yang perlu difokuskan di Kota Kinabalu.
"Saya tidak mahu mengambil mudah dan yang penting kami tidak dibolosi," katanya.
Must-Watch Video