Kad merah pada minit ke-24 menyebabkan Serian kempunan dalam final edisi kedua Piala Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) biarpun memiliki segala kelebihan untuk bergelar juara semalam.
Kegagalan Mohd Hadera Bakri mengawal perasaan hingga menyiku pertahanan lawan, menyebabkan pasukan itu tertekan berjuang dengan 10 pemain ketika perlawanan masih berbaki 66 minit.
Anak-anak buah Rozaini Romainor yang ketika itu terikat 1-1 biarpun menguasai agregat 2-1, bagaikan "hilang selera" dan terpaksa memberi tumpuan kepada aksi bertahan.
Malah, Rozaini terpaksa mengeluarkan Mohamad Ibrahim Jobeli, Mahadi Razak dan Naim Drahman untuk memperkukuh pertahanan.
Namun, kelebihan di atas padang dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh Gua Musang apabila berjaya menjaringkan gol kedua menerusi Wan Mohd Khairuzan pada minit ke-53.
Gol ini memimpin Gua Musang untuk muncul juara menerusi kelebihan gol di tempat lawan biarpun agregat perlawanan terikat 2-2.
Terdahulu, sebelum aksi kad merah itu, Serian mendahului 1-0 menerusi Mohd Ibrahim Jobeli pada minit ke-19 sebelum Mohd Azizul Hakimi menyamakan kedudukan, empat minit kemudian.
Kemenangan ini membolehkan Gua Musang membawa pulang habuan RM100,000 serta piala pusingan manakala Serian sekadar memperoleh habuan RM75,000.
Hadiah disampaikan oleh Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.
Sementara itu, jurulatih Gua Musang, Ruhaled Ab Hamid, mengakui kelebihan pemain di atas padang menjadi faktor utama kejayaan mereka.
"Serian bermain baik tetapi ini rezeki kami. Kami bermain dengan baik berbanding di Kota Bharu manakala Serian juga tidak sekuat pada aksi pertama," tambahnya.
Jurulatih Serian, Rozaini, turut mengakui kecewa dengan keputusan tersebut.
"Tetapi kami menyertai aksi ini untuk julung kalinya dan terus ke final. Ia pencapaian yang luar biasa.
" Kalah tetap kalah tetapi saya harus memberi pujian kepada anak-anak buah kerana berjaya melangkah sejauh ini," katanya lagi.
Tambahnya, kad merah yang diterima Hadera sememangnya merencatkan perancangan asal.
"Selain meninggalkan Paul Sambang berseorangan di depan, pasukan turut berhadapan kesukaran untuk menutup segala ruang daripada diasak.
"Gua Musang memang menggunakan sepenuhnya peluang tetapi saya bersyukur kerana pemain berjaya menyekat keadaan menjadi lebih parah," katanya lagi.