Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Piala FA: Yop pilih derita

12317mehmet.jpg
Ribuan peminat Perak yang hadir memenuhi stadium di Ipoh, malam tadi, gagal menyuntik semangat tuan rumah apabila tewas 0-2 kepada Kedah dan seterusnya terkeluar daripada saingan Piala FA.

Dalam kegagalan pasukannya mara ke suku akhir, ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovic, tidak mahu menyentuh mutu pengadilan sambil terus mempertahankan anak buahnya.

Mehmet berkata: "Saya terima apa jua keputusan malam ini (malam tadi) baik daripada segi mutu  pengadilan dan juga keputusan perlawanan. Sesungguhnya mereka (Perak) bermain baik."

Ketua pasukan, Mohd Shahrom Abdul Kalam, berkata: "Perbezaan Perak dan Kedah adalah faktor keserasian. Kebanyakan pemain Kedah sudah lama beraksi bersama manakala Perak dibarisi pemain yang baru digandingkan tahun ini. 

"Bagi kami masa, Perak akan setanding Kedah di masa akan datang."

Sementara itu, ketua jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe, menyifatkan pasukannya mengambil langkah bijak apabila tidak mempersia-siakan peluang dalam separuh masa pertama.

"Dua gol dalam separuh pertama meyakinkan kami.  Pemain menikmati perlawanan walaupun Perak memberi tekanan dalam separuh masa kedua.

"Mengenai mutu pengadilan, saya tidak ada apa-apa masalah.  Lagipun, saya hanya fokus kepada pasukan saya (Kedah)," katanya. 

Advertisement

Must Watch Video