Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: Usaha PDRM belum cukup padam kelebihan Negeri Sembilan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

negeri-sembilan.jpg
PDRM 1 NEGERI SEMBILAN 0 
(Negeri Sembilan mara dengan agregat 5-1)

Negeri Sembilan menepati ramalan untuk melepasi pusingan 16 Piala FA dengan agregat 5-1 menentang PDRM, sebentar tadi. 


Gol seawal minit keempat oleh Fakhrul Azim dalam pertemuan timbal balik di Selayang itu sekadar menjadi sagu hati kepada tuan rumah. 

Nasib tampak tidak menyebelahi anak buah Eddy Gapil itu yang menerima talian hayat berbentuk sepakan penalti, namun gagal diterjemahkan oleh pemain import Sang Saka Biru, Ahmad Israiwah, selain percubaan Henry Dumbia turut dipatahkan. 

Justeru, anak buah Nidzam Jamil mara ke suku akhir untuk menantikan cabaran sama ada Selangor ataupun Malaysia Universiti (MUFT).  


 

Advertisement

Jadual

warning-logo Tiada Maklumat Jadual

Must Watch Video