Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: UM-Damansara ledak tiga gol di SSI tapi belum cukup gugat JDT

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jdt.jpg
JDT 5 UMD 3
(JDT mara dengan agregat 10-3)

Johor Darul Ta'zim (JDT) meneruskan misi mempertahankan kejuaraan Piala FA apabila menyingkirkan UM-Damansara dengan agregat 10-3, sebentar tadi. 


Gergasi Liga Malaysia (Liga-M) sememangnya sudah dijangka akan melangkah ke suku akhir untuk mengatur pertemuan dengan Penang, hujung bulan ini. 

Begitupun, UM-Damansara enggan berasa kerdil ketika menjejak kaki ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI) untuk aksi timbal balik itu apabila berhasil meledak dua gol pantas menerusi Thankgod Michael pada minit ke-62 dan Anuar Ceesay, empat minit berselang. 




Terlebih dahulu, Harimau Selatan memberi isyarat bagaikan ada pesta gol apabila menjadikan kedudukan 3-0 -- 15 minit selepas wisel permulaan ditiupkan. 

Jangkaan itu meleset apabila UM-Damansara cuba menggugat dengan defisit 3-4, namun JDT tetap ampuh biarpun Romel Morales terlepas hatrik apabila gagal melunaskan sepakan penalti dalam masa kecederaan. 
 
Football

Bersedia Untuk Aksi Seterusnya

Lengkapkan diri dengan kasut bola yang beri kawalan, kelajuan & keyakinan di padang.


Gear Up Sekarang

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video