Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: Ultras Selangor berbeza -- Christophe Gamel

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

gamel.jpg
Pemangku ketua jurulatih Selangor, Christophe Gamel, lega dalam masa sama turut terkilan dengan persembahan pemain dalam 90 minit timbal balik kedua suku akhir Piala FA menentang Negeri Sembilan di Petaling Jaya, malam tadi. 

Apa yang pasti, Gergasi Merah layak beraksi dalam separuh akhir musim ini.

Namun, Gamel tidak boleh lari daripada perasaan bercampur baur apabila tuan rumah tewas menerusi jaringan 2-3 berpunca daripada beberapa pemain yang dilihat gagal mempamerkan kualiti luar biasa.

"Perasaan saya 50/50. 

"Saya gembira kami layak ke peringkat seterusnya. Saya membuat beberapa pertukaran dengan merehatkan segelintir pemain dan memberi peluang kepada tonggak muda," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

Bagaimanapun, ia adalah kesulitan yang dijangka, sambil memberi gambaran melibatkan perisai Selangor seolah-olah memiliki kelompongan yang sedang berlaku di bahagian pertahanan.

 

"Saya memahami jangkaan peminat.

"Sebenarnya saya tidak gelar mereka sebagai peminat, tapi selaku seorang penyokong.

"Terutamanya kumpulan penyokong setia (Ultras Selanngor - UltraSel). Mereka sangat berbeza.

"Daripada awal sehingga tamat permainan sentiasa memberikan sokongan, nyanyian dan tidak pernah menyerah kalah.

"Saya juga mendengar beberapa kritikan, kerana ia sebahagian daripada lumrah bola sepak.

"Ia adalah satu permainan yang mengujakan juga," tambahnya.

Advertisement

Jadual

warning-logo Tiada Maklumat Jadual

Must Watch Video