Tiada insiden tidak diingini berlaku selepas tamat perlawanan akhir Piala FA antara Selangor FC dan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ravindar Singh Sarban Singh berkata, setakat perlawanan tamat, semua penyokong kedua-dua pasukan telah menunjukkan kerjasama kepada petugas keselamatan dan tiada sebarang insiden tidak diingini dilaporkan.
"Pihak Polis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyokong kedua pasukan.
"Terima kasih di atas kerjasama sebelum, semasa dan selepas perlawanan," katanya.
Dalam perlawanan yang berlangsung pada Sabtu, Selangor FC tewas dengan jaringan enam gol berbalas satu.
Pada Rabu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, seramai 2,488 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan semasa perlawanan akhir Piala FA 2024 membabitkan kedua-dua pasukan.
Polis telah memastikan kelancaran lalu lintas dan mengelakkan sebarang kekecohan.-Sinar
Stadium Astro
Sun Aug 25 2024