TERENGGANU 3 IMIGRESEN 0
(Terengganu layak dengan agregat 4-2)
Terengganu mengekalkan rekod bersih di laman sendiri musim ini dengan mengatasi Imigresen 3-0 untuk melangkah ke suku akhir Piala FA, sebentar tadi.
Tetapi mereka terpaksa menunggu sehingga esok untuk mengetahui lawan mereka dalam pusingan seterusnya, iaitu sama ada DPMM atau Kuching City.
Tuan rumah tidak membuang masa dalam pemburuan gol dan percubaan Careca selepas 11 minit permainan berlangsung berjaya dihalang Zarif Irfan Hashimudin di gawang pelawat.
Tetapi, agregat perlawanan akhirnya terikat pada minit ke 17 apabila Junior Ngong Sam dengan gol yang membuka tirai buat skuad Peteh.
Anak buah Badrul Afzan Razali kemudian menggandakan kelebihan mereka berselang beberapa minit menerusi Akhyar Rashid untuk mendahului perlawanan 2-0.
Akhyar terus berbisa dalam babak kedua dengan jaringan kedua peribadi untuk menjadikan keputusan agregat 4-2, manakal Imigresen langsung tiada peluang kebangkitan dalam baki perlawanan.