PIALA FA MALAYSIA
Piala FA: Strategi JDT berjaya benam Selangor
Kejayaan Arif Aiman Hanapi melakukan jaringan pembukaan Johor Darul Ta’zim (JDT) melalui serangan balas telah merentap keyakinan pemain-pemain Selangor.
Lihat sahaja bagaimana cabaran yang diberikan oleh anak didik Tan Cheng Hoe itu, yang berjaya memberikan tekanan kepada pertahanan Harimau Selatan sehingga Syihan Hazmi Mohamed terpaksa bekerja keras menyelamatkan pintu golnya daripada percubaan-percubaan yang dilakukan penjaring terbanyak Red Giants, Ayron del Valle.
Hanya sedikit kealpaan daripada pemain The Red Giants telah membuka ruang kepada anak didik Esteban Scolari itu untuk terus mengasak.
Iklan
Lihat sahaja bagaimana turutan jaringan yang dilakukan Arif yang berpunca dari kegagalan bahagian tengah dan pertahanan Selangor untuk menyekat kelincahan Forestieri dan Arif.
Apa yang menariknya tentang strategi yang digunakan Scolari itu yang banyak memulakan serangan melalui laluan tengah berbanding tepi kerana jurulatih Harimau Selatan itu sudah menghidu strategi Tan Cheng Hoe yang banyak menggunakan pemain sayap seperti Faisal Halim. Dengan cara itu ia dapat mempercepatkan pergerakkan kehadapan untuk sampai ke hadapan pintu gol lawan.
Memulakan serangan mengunakan lorongan bahagian tengah itulah yang membuatkan Arif Aiman berjaya melakukan hatrik.
Bukan itu sahaja dengan melalui bahagian tengah itu, ia membuatkan pemain-pemain midfield The Red Giants terperangkap setelah cuba membantu bahagian sayap melakukan serangan dan dari formasi (4-2-3-1) yang diguna pakai itu sebenarnya memberi kelebihan dari segenap sudut baik semasa menyerang dan bertahan kepada Harimau Selatan.
Atas faktor itu juga yang membuatkan Harimau Selatan berjaya memerangkap setiap gerakan The Red Giants dan menghidu kealpaan pemain-pemain midfield dan pertahanan juara lima kali Piala FA itu.
Bukan itu sahaja kesungguhan yang dan karakter dahagakan kejayaan serta kualiti yang ada pada pemain-pemain import Harimau Selatan banyak membantu sebenarnya. Daripada kekuatan itu juga membawa kepada peningkatan prestasi yang luar biasa daripada Arif Aiman yang berasal dari Pahang itu sehingga menjadi pemain yang digeruni dan idola bagi pemain-pemain muda.
Must-Watch Video