Skuad kendalian UM-Damansara United, Ridzuan Abu Shah, berkongsi detik apabila mengetahui bakal berjumpa juara Liga Super sebanyak 11 kali, Johor Darul Ta'zim (JDT) di pentas Piala Fa ketika majlis undian yang berlangsung pada Isnin lalu.
Pasukan yang beraksi dalam Liga A1 Semi-Pro itu antara yang bakal beraksi di Piala FA termasuk pasukan Bunga Raya dan Malaysian University.
Tambahannya, paling mencuri tumpuan adalah ketua jurulatih UM-Damansara itu yang sebelum ini mengendali Malaysian University (MUFT) pernah bertemu JDT dalam saingan Piala FA musim lalu.
"Sebenarnya saya cuba berdoa juga bagi mengelak bertemu JDT setelah apa yang saya lalui ketika musim lepas bersama MUFT.
”Tapi mungkin takdir saya bersama JDT atau pasukan terkuat di Malaysia itu (bertemu) sekali lagi.
"Saya harap dapat beri tentangan atau persembahan terbaik walaupun kita tahu juara bertahan itu (JDT) agak sukar untuk ditandingi buat masa ini." - MakanBola
Kempen Piala FA 2025/26 bakal membuka tirai pada 16 Ogos bagi saingan pusingan 16.