WEST HAM 5 ARSENAL 1
West Ham bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk memenangi gelaran Piala FA Remaja buat kali pertama selepas 24 tahun dengan membelasah Arsenal 5-1 dalam aksi final awal pagi tadi.
Omari Benjamin memberikan skuad B-18 Arsenal jaringan pebukaan seawal minit ketujuh di Stadium Emirates tetapi George Earthy kemudian menyamakan kedudukan pada minit ke-16 menerusi ledakannya daripada penjuru kawasan penalti.
Dua minit berselang, The Hammers berada di depan menerusi jaringan Callum Marshall, yang tenang menyudahkan umpanan Gideon Kodua sebelum Kodua turut mencipta nama selaku penjaring menjelang waktu rehat separuh masa.
Kaelan Casey menjaringkan gol keempat Wast Ham pada minit ke-79 dengan menanduk masuk bola daripada sepakan penjuru Ollie Scarles sebelum pemain gantian, Josh Briggs, melengkapkan kemenangan bergaya West Ham pada penghujung permainan.
Kali terakhir West Ham menjuarai kejohanan itu adalah pada 1999, di mana pasukan mereka yang ketika itu diwakili Joe Cole dan Michael Carrick menewaskan Coventry 9-0 dalam aksi timbal balik dua perlawanan.

OH. MY. ?@WestHam's Gideon Kodua has just done this in the #FAYouthCup Final ?#EmiratesFACup pic.twitter.com/5iwCr3YaFq
— Emirates FA Cup (@EmiratesFACup) April 25, 2023