PKNS FC masih menanam tekad untuk melakukan kejutan luar biasa dalam menghapuskan kelebihan defisit empat gol yang dimiliki Selangor dalam perlawanan kedua separuh akhir Piala FA di Stadium Shah Alam, malam ini.
Di atas, kertas sememangnya sukar kepada PKNS mara kerana memerlukan kemenangan lima gol tanpa balas ke atas Selangor susulan kekalahan 4-0 di Cheras, Sabtu lalu.
Bagaimanapun, pengurusnya, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid, melontar cabaran kepada pemain agar jangan cepat mengaku kalah kerana masih ada 90 minit waktu perlawanan.
Jika tersingkir sekali pun, dia mahu pemain menjaga maruah pasukan bagi mencuba mendapatkan sekurang-kurangnya kemenangan.
"Kami perlu berlapang dada. Perlawanan ini bakal menyemarakkan lagi aksi final yang berlangsung pada Sabtu depan di Stadium Bukit Jalil.
"Saya berharap pemain memberikan segala-galanya pada malam ini, berusaha bermula wisel pertama hingga penamat. Saya berharap kejayaan dapat dilakar pada malam ini dan mara ke final," katanya.
Selain itu, Mahfizul menjelaskan dia dan jurulatih, Datuk K. Rajagobal, sudah megenal pasti beberapa kelemahan pasukan yang sebabkan prestasi makin longlai sejak kebelakangan ini.
"Beberapa pemain tidak mencapai prestasi yang kami mahukan dan perkara itu telah dikenal pasti oleh jurulatih.
"Kami berharap mereka dapat bermain dengan tahap yang dimahukan," katanya lagi.