Jurulatih PKNP FC, Abu Bakar Fadzim, mengharapkan sokongan peminat bola sepak Perak untuk aksi separuh akhir kedua Piala FA menentang Pahang di Ipoh, esok, bagi menjayakan misi ke pentas final.
Di atas kertas, Pahang memiliki kelebihan berlandaskan kelebihan pengalaman pemain mereka.
Namun, Abu Bakar percaya setiap pemain PKNP sedar tanggungjawab mereka dan optimis mereka mampu menyerlahkan aksi terbaik.
Bekas pertahanan Perak itu mengakui sokongan peminat juga penting untuk menyemarakkan semangat pemain.
"Pemain kami serba kekurangan tetapi kami mempunyai semangat juang yang tinggi dan berjuang sebagai satu pasukan.
"Kami memerlukan sokongan padu kerana kami faham Pahang mempunyai pasukan yang sempurna di semua bahagian.
"Kalau mahu ke final, kami tidak boleh memberikan kesilapan mudah dan gawang kami tidak boleh dibolosi," katanya.
Dalam pada itu, pengendali Pahang, Dollah Salleh, mahu pemainnya tidak mensia-siakan peluang ke perlawanan akhir.
Meskipun beberapa tonggak utama tidak cergas sepenuhnya, Dollah percaya pasukannya cukup berpengalaman menanangani ketiadaan mereka.
"Kami sudah melepasi JDT (Johor Darul Ta'zim), di mana ia bukan perlawanan yang mudah untuk kami.
"Apabila sudah lepasi halangan itu, kenapa kami mahu mensia-siakan saingan ini. Kami berharap pemain dapat fikirkan sesuatu," kata Dollah.
Kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam separuh akhir pertama di Stadium Darulmakmur, Kuantan pada Sabtu lalu.