Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: Penang sahkan slot ke suku akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

penang.jpg
Penang membawa cabaran ke suku akhir Piala FA apabila menewaskan Melaka 3-0 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Bandaraya Pulau Pinang sebentar tadi.

Hadir ke dalam aksi kedua Pusingan 16 berbekalkan agregat 2-0, Penang memastikan kelebihan itu digunakan sebaik mungkin bagi mengawal rentak permainan. 

Dua gol yang disempurnakan oleh Stefano Brundo dan Haziq Kutty Abba pada minit ke-11 dan ke-39 membenarkan tuan rumah mendahului 2-0 pada 45 minit pertama.

Memasuki separuh masa kedua, Penang cemerlang memastikan kelebihan mereka kekal sebelum Tchetche Kipre menyempurnakan malam cemerlang pasukan menerusi gol ketiga perlawanan sekaligus menoktahkan kemenangan 5-0 secara agregat.


 

Advertisement

Jadual

warning-logo Tiada Maklumat Jadual

Must Watch Video