Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: Pemangku jurulatih Selangor 'resah' bertemu Negeri Sembilan?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

gamel.jpg
Ketiadaan tujuh pemain yang kini bersama kem negara menambah kesukaran buat Christophe Gamel untuk merencana strategi terbaik menjelang perlawanan suku akhir Piala FA, Sabtu depan.

Selangor akan ke Paroi untuk bertemu Negeri Sembilan pada 18 Oktober depan, untuk pertemuan kedua musim ini dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).

Dengan tempoh terhad membangunkan pasukan mengikut perancangannya, pemangku jurulatih Gergasi Merah itu bagaimanapun menyahut cabaran untuk cuba mendapatkan keputusan positif dengan barisan pemain yang ada.

 

Tambahnya, kemenangan ke atas Imigresen dalam aksi Liga Super sebelum ini memberi suntikan semangat buat ke semua pemain untuk tampil dengan persembahan lebih baik.

"Tujuh pemain tiada di sini berikutan panggilan antarabangsa negara masing-masing.

"Ketika ini, agak sukar, namun kami tetap mengusahakan perancangan terbaik. 

"Kami mengharapkan keputusan yang bagus. Paling penting untuk menerapkan misi yang jelas dalam bola sepak," katanya.
Football

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Jadual

warning-logo Tiada Maklumat Jadual

Must Watch Video