Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: Negeri Sembilan banyak kerja rumah, PDRM bina momentum

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

negeri-sembilan-pdrm.jpg
Ketua jurulatih Negeri Sembilan, Nidzam Jamil, mengakui banyak kerja rumah yang perlu dilakukan anak buahnya meskipun layak ke suku akhir , lebih-lebih lagi selepas tewas 0-1 di Selayang dalam perlawanan timbal balik Piala FA, malam tadi. 

Begitupun, Negeri Sembilan muncul pasukan pertama yang mengesahkan kemaraan ke suku akhir selepas mengatasi PDRM menerusi agregat 5-1.

"Apa yang penting kami layak ke suku akhir. 

"Perkara bagusnya ada perkara yang baik tetapi dalam pengurusan permainan perlu diperbetulkan. 

"Separuh (puncanya) kerana mentaliti dan sesetengahnya ada yang tidak (berlatih) bersama. 




"Tempoh hari kami bernasib baik dapat menjaringkan lima gol. 

"Tetapi kami perlu perbaiki (aspek) bertahan dalam sepakan penjuru dan pengurusan permainan," katanya. 

Sementara itu di kem tuan rumah, pengendalinya, Eddy Gapil, memuji semangat juang yang ditampilkan 'the cops' meskipun gagal menyekat kemaraan pasukan pelawat.

Eddy turut menggesa Sang Saka Biru agar mlupakan kekecewaan tersingkir daripada saingan Piala FA, sebaliknya fokus untuk bangkit memperbaiki prestasi dalam kempen Liga Super.

Kemenangan ke atas Negeri Sembilan itu merupakan yang pertama PDRM musim ini selepas lima percubaan.

"Syukur kepada tuhan atas kemenangan yang ditunggu-tunggu ini. 




"Pemain telah tampilkan karakter yang luar biasa pada malam ini dan saya mengharapkan momentum ini berkekalan. 

"Saya sering ingatkan pemain bahawa macam-macam boleh berlaku. 

"Malam ini kami mencipta lebih lapan gol dan sepatutnya kami menghukum Negeri Sembilan dalam separuh masa pertama lagi. 

"Mungkin setakat ini sahaja rezeki kami dalam kempen Piala FA," katanya pula. 
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video