Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: Mujagic pastikan Sabah tidak tewas di Likas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mujagic-sabah-vs-selangor.jpg
Ajdin Mujagic membawa watak wira ketika memastikan Sabah mengikat Selangor 2-2 dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Likas sebentar tadi.

Selepas tekanan hebat yang dihadapi sebaik tesingkir dalam saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) pada Khamis lalu, Sang Gergasi Merah seakan-akan bakal menempa satu lagi episod duka apabila Mijagic membuka jaringan buat tuan rumah seawal minit ke-13 dengan memanfaatkan satu situasi kelam kabut di depan gawang Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman.

Bagaimanapun, Selangor memperkemaskan aksi dalam separuh masa kedua untuk memperoleh dua gol dalam masa 15 minit bermula dengan jaringan sendiri Dane Ingham pada minit ke-65 dan tandukan gemilang Nooa Laine pada minit ke-80 susulan menerima bola daripada sepakan percuma cantik Faisal Halim.

Ketika Selangor kelihatan akan membawa bekalan satu gol ke laman sendiri, Mujagic kembali menyelamatkan keadaan buat Sabah dengan penyudah kaki kirinya dalam waktu kecederaan.

Kedua-dua pasukan berkenaan akan kembali bertemu dalam aksi kedua di Stadium MBPJ hujung bulan ini.
 

Advertisement

Jadual

warning-logo Tiada Maklumat Jadual

Must Watch Video