PDRM 0 MU 3
PDRM menjadi mangsa pertama kejutan pertama Piala FA selepas disingkirkan kelab kerdil daripada Liga Semi-Pro A1, Malaysian University, di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, sebentar tadi.
Anak buah P Maniam itu tersungkur 0-3 di peringkat 16 itu selepas mempertaruhkan barisan kedua ketika bertemu pasukan yang baru sahaja menamatkan kempen Kejohanan Bolasepak Universiti Asia (AUFT) 2024 di tempat kelima, hujung minggu lalu tersebut.
Barangkali menyedari berkemungkinan besar lawan yang menanti dalam suku akhir adalah Johor Darul Ta'zim (JDT) berbanding Kelantan United, The Cops sama sekali tidak menurunkan sebarang pemain importnya.
Langkah itu akhirnya menjerat mereka apabila dibolosi jaringan awal daripada Syahir Rahman dan Hadi Mohamad pada minit ke-4 dan 9 akibat kelekaan di benteng pertahanan wakil Liga Super tersebut.
Tidak sampai seminit pintu gol Malaysian University diuji dengan situasi satu lawan satu, PDRM sebaliknya terus menderita apabila serangan balas pelawat yang disudahkan tendangan rendah Zharif Nazhan Refli.