Harapan Liverpool merangkul empat gelaran diteruskan apabila mereka mengatasi Manchester City 3-2 bagi memastikan slot ke final Piala FA.
The Reds dan City sengit mengejar puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) malah mungkin menempah slot ke final Liga Juara-Juara, namun kemenangan di Wembley memberikan kelebihan kepada Liverpool dalam perebutan kejuaraan.
Ketika City tanpa khidmat Kyle Walker dan Kevin De Bruyne hanya berada di bangku simpanan ekoran kecederaan, Liverpool dapat menurunkan beberapa pemain utama selepas rehat di pertengahan minggu menyaksikan Reds mendominasi perlawanan.
Liverpool mendahului 3-0 hasil satu jaringan Ibrahima Konate dan dua daripada Sadio Mane.
Jack Grealish dan Bernardo Silva berjaya mengurangkan defisit jaringan namun gagal untuk mencari gol penyamaan sekaligus gagal ke final.

We'll be back again in May ✊? pic.twitter.com/M7mlpZxaqI
— Liverpool FC (@LFC) April 16, 2022