Sri Pahang yang menyasar sekurang-kurangnya separuh akhir Piala FA tampak cemas dan celaru sebaik sahaja perlawanan berlarutan hingga ke penentuan sepakan penalti.
Difahamkan berlaku perselisihan dalam penentuan siapakah yang akan menggalas sepakan penalti yang tertumpu di antara pemain import, Kpah Sherman, dan ketua jurulatih, Fandi Ahmad.
Fandi mengakui ada pemain yang berasa tidak yakin untuk mengambil tanggungjawab di Stadium Temerloh malam tadi, malah Sherman menolak untuk menggalas tanggungjawab berkenaan dalam keadaan begitu kritikal.
"Kami tiada siapa yang (berani) untuk tampil sebagai penyepak utama. Kami juga sudah melakukan persediaan menghadapi penentuan sepakan penalti.
"Tapi saya tidak boleh paksa siapa yang harus mengambilnya.
"Sasaran kami ialah sekurang-kurangnya separuh akhir tetapi kini kami sudah tersingkir dalam pusingan pertama.
"Jadi kami perlu fokus kepada Liga Super dan Piala Malaysia," katanya selepas perlawanan malam tadi.
Sementara itu, Penang yang beraksi sebagai 'underdog' menggunakan kelebihan itu bagi mengurangkan tekanan.
Malah, suasana lebih harmoni dan tenang membabitkan anak buah Akmal Rizal Rakhli menyaksikan kedudukan terikat 1-1 dinoktahkan dengan kelebihan penentuan sepakan penalti memihak kepada skuad Harimau Kumbang mara dengan agregat 4-3.
"2-3 hari sebelum perlawanan, kami mengadakan latihan sepakan penalti bagi menentukan siapa yang boleh menyepaknya.
"Semua pemain yakin untuk melakukan sepakan penalti. Saya tidak risau dengan kelibat Nabil Ahmad Latpi selaku penyepak terakhir memandangkan dia pernah kerap menyertai Liga Penalti," katanya.