KUCHING CITY 7 DPMM 1
(Kuching City mara dengan agregat 9-4)
Kuching City meniti laluan ke suku akhir Piala FA selepas memadam kelebihan DPMM, sebentar tadi.
Kelab dari Sarawak itu menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri untuk memadam bekalan 2-3 yang dibawa seteru Borneo itu dan memerlukan hanya dua minit untuk menyamakan agregat.
Pemain import, Ronald Ngah Wanja, memanfaat kesempatan kesilapan komunikasi DPMM dan 11 minit kemudian, Kuching menjadikan agregat 4-3 selepas Danial Asri menanduk masuk hantaran Ramadhan Saifullah.
Pelawat terus malang apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain berikutan Jordan Rodrigues diperintahkan keluar padang kerana dikesan menyiku James Okwuosa.
Sebelum ke bilik persalinan, jaringan sendiri pemain menambah derita DPMM untuk Kuching di depan dengan tiga gol.
Ronald Ngah Wanja kemudian menambah gol kedua peribadi selepas terima hantaran Danial sejurus permainan bersambung.
DPMM cuba menyelamatkan situasi menerusi jaringan Ramadhan Sananta, namun dihukum kesilapan di bahagian penjaga gol yang gagal menumbuk percubaan Ramadhan yang memastikan Kuching City mencetak gol kelima.
Walaupun sudah selesa, Kuching City terus garang dengan gol keenam daripada Danial sebelum Joao Pedro melengkapkan kemenangan skuad kendalian Aidil Shalrin Ishak pada masa kecederaan.
Kemenangan ini secara tidak langsung membawa Kuching City bertanding ke suku akhirTerengganu pada 17 Oktober depan.