Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: KL City telah beri yang terbaik, kata Vidakovic

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kl-city.jpg
‘Pemain saya sudah beri segalanya’, itu kenyataan Ketua Jurulatih Kuala Lumpur City, Risto Vidakovic yang memuji semangat juang barisan pemainnya, meskipun gagal meneruskan kemaraan ke pentas suku akhir Piala FA selepas tewas dengan agregat 3-2 kepada Kelantan The Real Warriors semalam.

Vidakovic menjelaskan kegagalan pasukannya beraksi baik ketika perlawanan pertama di Kota Bharu 18 Ogos lalu menjadi titik tolak penyingkiran skuad warga kota.

Jelas pengendali kelahiran Bosnia Herzegovina itu tetap berbangga dengan persembahan pasukan yang dianggap menguasai keseluruhan 90 minit permainan.

Dia turut enggan menyalahkan faktor nasib sebaliknya menegaskan bola sepak memerlukan ketajaman dalam menyempurnakan setiap peluang terhidang yang diraih.

Dalam aksi yang berlangsung di Cheras itu, jaringan tunggal Victor Ruiz pada minit ke-71 belum cukup untuk membawa ‘The City Boys’ ke pentas suku akhir Piala FA.
 

Advertisement

Jadual

warning-logo Tiada Maklumat Jadual

Must Watch Video