Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: Khuzaimi kembali selepas cedera lutut, Luqman Hakim belum sedia diturunkan bersebab

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

khuazaimi-piee.jpg
Kapten Negeri Sembilan, Khuzaimi Piee, mengakui lega dapat kembali beraksi selepas berehat hampir dua bulan,, berikutan kecederaan di bahagian lutut -- 'medial collateral ligament' --  yang dialaminya ketika pramusim yang lalu. 

'Jimmy' akan berusaha sedaya upaya untuk mengembalikan momentum perlawanan bagi membantu skuad Rusa berada di kedudukan terbaik di pentas Liga Super, selain mara sejauh mungkin dalam saingan Piala FA dan Piala Malaysia musim ini.

"Syukur dapat kembali ke pangkuan pasukan selepas sebulan lebih diketepikan kerana kecederaan. 

"Dengan dorongan daripada rakan sepasukan dan kejurulatihan mampu membawa kami ke arah yang lebih baik. 

"Sebagai pemain, saya perlu ambil tanggungjawab untuk seiring dengan prestasi rakan sepasukan dan menjadi sebagai satu cabaran untuk saya sendiri mengambil peluang minit permainan ini bagi memacu Negeri Sembilan," katanya. 

Dalam pada itu, ketua jurulatih skuad Jang, Nidzam turut berkongsikan status semasa penyerang, Luqman Hakim Shamsudin, yang masih belum dapat diturunkan beraksi setakat ini.

"Dia sudah menyertai latihan pasukan. 




"Ada beberapa perkara yang saya rasa tidak mahu ambil risiko. 

"Liga ini berbentuk maraton, bukan (perlumbaan) 100m kerana kami tidak mahu kehilangannya untuk tempoh yang lebih lama.

"Lebih baik kami ambilnya sedikit-sedikit supaya kami boleh pakai (khidmatnya) sepanjang musim," katanya. 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video