PIALA FA MALAYSIA
Piala FA: Kedah Darul Aman perlu rantai ayam tambatan Terengganu -- Aidil Sharin
Jurulatih Kedah Darul Aman, Aidil Sharin Sahak, berharap momentum cemerlang Piala AFC dapat dikekalkan dalam Piala FA sambil menuntut aksi disiplin tinggi daripada benteng pertahanan bertemu Terengganu di tempat lawan, malam esok.
Kelab dari utara itu layak ke pusingan kedua Piala AFC selepas mengharungi Kumpulan G tanpa kalah, minggu lalu.
"Saya akui dua kemenangan Piala AFC adalah bonus buat kami tapi kami harus lupakannya kerana sekarang adalah pertandingan baru untuk merebut piala.
Iklan
"Kami juga tidak lupa bahawa Terengganu merupakan sebuah pasukan hebat, khususnya kami akan bermain di tempat lawan.
"Peluang adalah 50-50 buat kedua-dua pasukan dan kami perlu fokus di bahagian pertahanan kerana Terengganu sentiasa menjaringkan gol melalui kekuatan Kpah Sherman dan Faisal Halim.
"Paling penting kami tidak boleh bolos," kata pengendali berasal Singapura itu.
Pemain import sensasi Sang Kenari, Mahmoud Al Mardi, yang memiliki sentuhan persis Liridon Krasniqi dijangka akan memainkan peranan besar di Kuala Terengganu dalam usaha mengatur pertemuan suku akhir dengan Kuching City, 23 Julai ini.
"Saya datang ke mari untuk beraksi lebih 100 peratus daripada kemampuan saya bagi menggembirakan penyokong Kedah.
"Kontrak saya di sini adalah pendek jadi saya sedia curahkan segala kudrat.
"Kami mahu bawa pulang kemenangan," kata pemain Jordan itu.
Must-Watch Video