Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: Jurulatih interim Selangor syukur 'jelmaan baru' Mickey

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

gamel.jpg
Empat jaringan tanpa balas cukup meletakkan Selangor dalam keadaan sangat selesa untuk mara ke pusingan seterusnya Piala FA selepas menumpaskan Negeri Sembilan 4-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi semalam.

Kemenangan itu juga menjadi malam balas dendam Gergasi Merah yang tumpas 1-2 kepada tuan rumah tatkala di bawah kendalian Katsuhito Kinoshi dalam perlawanan Liga Super, sebelum ini. 

"Dia adalah Pemain Terbaik kami malam tadi," kata jurulatih interim, Christophe Gamel, susulan persembahan memukau bintang Harimau Malaya, Faisal Halim.

Namun, jelas pengendali berusia 53 tahun itu tetap memuji keseluruhan pasukan, sambil menegaskan setiap tonggak memainkan peranan terbaik.

"Sebagai satu institusi, ia lebih penting daripada mana-mana pemain. 

 

"Dia mempunyai mentaliti yang sangat kuat dan kembali dengan penuh bergaya selepas apa yang melanda dirinya. 

"Dedikasi dia dan para pemain memang patut diberi pujian.

"Kami juga perlu menghadapi beberapa aksi dalam masa singkat. 

"Penggantian pemain juga diperlukan," tambahnya.

Menjelang aksi timbal balik kedua, bekalan selesa itu jelas menyebelahi Selangor yang kini sebelah kaki dalam separuh akhir menanti sama ada Sabah atau Kelantan The Real Warriors.
Football

Bersedia Untuk Aksi Seterusnya

Lengkapkan diri dengan kasut bola yang beri kawalan, kelajuan & keyakinan di padang.


Gear Up Sekarang

Advertisement

Jadual

warning-logo Tiada Maklumat Jadual

Must Watch Video