Johor Darul Ta'zim (JDT) terus melebarkan sayap di pentas bolasepak negara apabila berjaya merangkul satu lagi Piala FA dalam aksi final yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.
Kemenangan 2-0 ke atas KL City FC dijana menerusi aksi terpuji kesebelasan bimbingan Esteban Solari yang menggegar aksi final yang ditonton hampir 50,000 pengunjung di stadium.
Atas kertas, sememangnya tuan rumah dilabel sebagai pilihan untuk merangkul Piala FA buat kali kedua berturut-turut malah daripada kesebelasan utama yang digarap Solari, hanya yang terbaik diturunkan dalam perlawanan ini.
Namun pasukan bukan pilihan, KL City hampir mengejutkan JDT menerusi peluang terbuka Matko Zirdum pada minit ke-15 namun berjaya dihalang oleh penjaga gol, Syihan Azmi Mohamed.
Cemas, JDT membalasnya 15 minit selepas itu menerusi Afiq Fazail tetapi percubaan sekadar singgah di palang gol.
KL City seharusnya sudah berada di depan pada minit ke-35 percubaan T. Saravanan, namun percubaan sekadar tersasar.
Separuh masa pertama ditutup dengan percubaan lencong Fernando Forestieri yang sedikit sahaja melepasi tiang gol.
JDT bermula garang di babak kedua bersambung dengan Forestieri melepaskan rembatan padu menerusi sepakan percuma yang ditepis Kevin Mendoza pada minit ke-50.
Sembilan minit selepas itu pintu gol KL bergegar menerusi jaringan Bergson da Silva namun pengadil membatalkan jaringan tersebut kerana ofsaid.
Jaringan akhirnya kunjung tiba pada minit ke-66 menerusi rembatan padu Shio Hong Wan menembus gawang.
Leandro velazquez menjadikan kedudukan kepada 2--0 pada minit ke 74 untuk berikan pendahuluan selesa buat JDT.