Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: Imigresen beri mimpi ngeri buat Terengganu pada minit akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

imigresen.jpg
Pendatang baharu Liga Super, Imigresen, berjaya membawa bekalan tipis apabila mengejutkan Terengganu 2-1 dalam perlawanan timbal balik pertama Piala FA di Batu Kawan, Pulau Pinang sebentar tadi. 

Untuk rekod, ini adalah kemenangan pertama Imigresen dalam kancah Liga Malaysia (Liga-M) selepas turut mengharungi dua aksi liga. 

Meskipun pelawat membuka tirai jaringan terlebih dahulu menerusi Yann Mabella, tetapi skuad kendalian Yusri Che Lah enggan mengaku kalah, sebaliknya tidak gentar mengatur serangan Sang Penyu. 

 

Gol penyamaan hadir empat minit kemudian dengan Rafael Holstein melepaskan rembatan menewaskan pertahanan, Sharul Nizam Ros Hasni, serta penjaga gol, Syed Nasrulhaq Syed Bidin.

Selepas beberapa siri asakan tanpa henti, akhirnya tuan rumah menghembus nafas lega tatkala bekas penyerang Sabah, Joao Pedro, memastikan Imigresen menamatkan permainan dengan kemenangan bergaya pada minit akhir aksi.

Advertisement

Must Watch Video