Sabah mara bergaya ke separuh akhir Piala FA dengan kelebihan agregat 5-2 apabila menewaskan Kelantan The Real Warriors (TRW) 3-1 dalam aksi suku akhir kedua di Stadium Likas malam tadi.
Ajdin Mugajic muncul wira Sang Badak menerusi jaringan hatriknya dalam perlawanan itu sambil Simen Lyngbo menemui sasaran buat pelawat.
Berbekalkan kemenangan 2-1 di Kota Bharu pada 17 Oktober lalu, Sabah kelihatan beraksi di bawah tekanan dan Mujagic membuka jaringan pada minit ke-10 sebelum menggandakannya 11 minit kemudian.
Lyngbo, bagaimanapun, merapatkan jurang itu menerusi penyudahnya dalam waktu kecederaan sebelum ke bilik persalinan.
Mjagic kemudian memastikan namanya perlu diingati penyokong Sabah apabila melengkapkan hatrik pada minit ke-56 menerusi sepakan penalti.
Dengan kemenangan itu, Sabah akan berdepan Selangor bagi dua perlawanan penentuan ke final bulan depan.

Nike Phantom 6 Low Academy
Control lebih kemas, larian lebih laju & sepakan lebih padu setiap game.
Gear Up Sekarang