LIGA INGGERIS
Piala FA: Foden gembira kembali temui sentuhan jaringan
Phil Foden lega apabila kembali menemui sentuhan jaringan selepas menjaringkan dua gol ketika membantu Manchester City menewaskan Bristol City dalam saingan Piala FA awal pagi tadi.
The Citizens mara ke suku akhir Piala FA hasil dua jaringan Foden sebelum gol jarak jauh gemilang Kevin De Bruyne memastikan kemenangan 3-0 mereka ke atas pasukan tuan rumah dari Liga Kejuaraan itu.
Foden kini terlibat dengan 15 gol daripada 18 penampilan Piala FA buat City (10 gol dan 5 bantuan jaringan) dan menjaringkan tiga gol daripada dua perlawanan terakhir selepas turut menemui sasaran ketika menewaskan Bournemouth 4-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) hujung minggu lalu.
Iklan
Jaringannya ke atas The Cherries merupakan yang pertama dalam saingan liga sejak November lalu, sekali gus menunjukkan kepulangannya selepas melalui waktu sukar akibat turut dibelenggu dengan kecederaan kaki sebelum ini.
Selepas menjaringkan gol berganda di Bristol City, Foden berkata kepada ITV: "Kaki saya berasa lebih baik.
"Saya dapat rasa 100 peratus cergas ketika ini dan amat selesa, jadi harap-harap saya dapat kembali ke dalam pasukan dan membantu sebanyak yang mungkin.
"Ia merupakan waktu terburuk dalam karier saya tetapi semua orang akan melaluinya dan ia mengenai bagaimana anda memberikan reaksi.
"Kesakitan di kaki saya, tidak dapat banyak bermain.... saya suka bermain bola sepak dan apabila saya tidak dapat melakukannya, saya agak kecewa," katanya.
— Manchester City (@ManCity) February 28, 2023
Must-Watch Video