PIALA FA
Piala FA: Feichtenbeiner sahut cabaran 'peluang terakhir'
Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner, menyahut cabaran 'peluang terakhir ' pada pertemuan menentang Kuala Lumpur City FC dalam aksi pusingan kedua Piala FA esok untuk mengembalikan kejatuhan prestasi The Red Giants serta kedudukannya bersama pasukan kekal relevan.
Gergasi Merah Kuning jadi tumpuan utama pasca kekalahan kepada Melaka United tempoh hari -- lebih parah, individu yang mencalarkan maruah Selangor, bekas ayam tambahan mereka, Ifedayo Olusegun.
Di sebalik kekalahan ketiga dalam saingan Liga Super daripada sembilan perlawanan musim ini -- sebilangan penyokong The Red Giants berasakan sudah tiba masanya untuk membawa haluan baru.
Iklan
Atas faktor itu, pertemuan menentang KL City bagaikan misi hidup mati buat Feichtenbeiner -- sebelum keputusan drastik daripada pihak pengurusan bagi menyelamatkan musim ini -- pada ketika Selangor sekadar menghuni tangga ketujuh Liga Super.
"Perlawanan Piala FA bertemu KL City amat penting dan satu lagi peluang untuk membuktikan kemampuan Selangor. Kami mengakui tidak mudah tetapi Selangor akan berusaha untuk memastikan kemenangan untuk terus bersaing dalam saingan ini," kata Feichtenbeiner.
"Saya berharap ia cukup untuk memulihkan keyakinan penyokong sekaligus membenarkan kami untuk mengatur semula rentak untuk mendapatkan lebih banyak keputusan yang cemerlang."
Sementara itu, Feichtenbeineritu sudah punya bayangan awal ancaman utama yang bakal hadir daripada skuad kendalian Bojan Hodak dan pengendali kelahiran Jerman itu mahu anak buahnya belajar daripada kesilapan ketika kekalahan kepada Melaka united.
Must-Watch Video