Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: Elak masa tambahan, kata Yusri

yusri23218.jpg
Itu harapan pemangku jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah, untuk barisan pemain mencipta peluang sebanyak mungkin dalam menghasilkan jaringan bagi memastikan kemenangan ke atas PKNS untuk mereka mara ke suku akhir Piala FA, malam ini.

Yusri enggan anak buahnya menunggu terlalu lama untuk menjaringkan gol dan tidak cukup dengan hanya bertahan sehingga boleh mengheret perlawanan ke masa tambahan sekiranya terikat tanpa jaringan.

Beliau menuntut aksi agresif anak buahnya seawal babak pertama lagi dalam memastikan penyudah yang lebih berkesan kerana itu yang menjadi kekurangan pasukan sewaktu tewas kepada lawan sama dalam saingan Liga Super minggu lalu.

"Kami perlu meraih kemenangan dalam tempoh 90 minit. Tetapi ia bukan satu tugas yang mudah," kata Yusri.

Sedikit rombakan pemain dilakukan oleh Yusri untuk aksi di Stadium Shah Alam malam ini, khususnya dalam memastikan kawalan yang lebih ketat dapat dilakukan, terutama terhadap dua pemain sayap PKNS, Faris Ramli dan Mahali Jasuli, yang dianggap sebagai ancaman utama Kelantan.

"Kami perlu menyedari jentera serangan PKNS mampu memberikan masalah kepada pasukan kami. Kami perlu fokus dengan memastikan bertahan dengan baik," ujarnya.

Advertisement

Must Watch Video