Johor Darul Ta'zim (JDT) terpaksa menunggu sehingga penghujung separuh masa kedua untuk memecahkan kebuntuan sebelum mempamerkan kekuatan sebenar pada babak kedua menewaskan kelab Liga A1 Semi-Pro, Universiti Malaya (UM)-Damansara dalam perlawanan timbal balik pertama pusingan 16 Piala FA, semalam.
Perjalanan Harimau Selatan mempertahankan kejuaraan tersebut menyaksikan JDT merehatkan pemain utama, Arif Aiman Hanapi, Hector Hevel, Syihan Hazmi Mohamed, Eddy Israfilov dan Jon Irazabal, di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).
Ketika ditanya oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, mengenai prestasi permainan, ketua jurulatihnya, Xisco Munoz, tetap memberikan pujian meskipun belum mencapai tahap yang diinginkannya.
"Sudah pasti tidak.
"Banyak perkara yang perlu ditambah baik.
"Semua pemain baharu perlu memahami cara bola sepak di JDT, termasuk mengetahui tentang pihak lawan.
"Saya sangat pasti mereka akan bertambah baik kerana kami banyak melakukan perubahan berbanding musim lalu.
"Dalam hidup saya, jika saya buat kesalahan, saya akan belajar daripadanya," katanya selepas tamat aksi.
Juara Liga Super 11 kali berturut-turut itu memenangi aksi dengan jaringan 5-0 menerusi dua jaringan Jonathan Silva, Teto Martin dan Joao Figueiredo selain Celso Bermejo.

“Ofcourse no”, Xisco Munoz on prestasi yang diharapkan selepas 3 perlawanan.@ASTROARENA pic.twitter.com/e7b3vccw2B
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) August 17, 2025